Macam manalah rasanya bila bercinta erk?? Sepanjang korang hidup di Bumi ni, berapa kali dah korang jatuh cinta?? Sehingga saat ni, korang rasa diri korang disayangi atau dicintai oleh seseorang??

jatuh cinta Bagaimana Rasanya Jatuh Cinta?

Untuk persoalan yang pertama tu memang aku sendiri tak tau macam mana nak terangkan perasaan tu. Korang kenalah rasa sendiri. Untuk persoalan kedua, korang sendiri yang tahu jawapanya kerana hanya korang sahaja yang tahu perasaan korang sendiri.

Tetapi, ada yang pernah bertanya, “bro, macam mana rasanya kalau kita jatuh cinta? Bagaimana nak tahu bahawa ketika itu kita sedang jatuh cinta?” Jawapan paling mudah ialah, “Ko layankan jelah perasaan yang ada tu. Nanti ko akan tahu sendiri bagaimana rasanya bercinta.” Aku tak akan peningkan kepala aku untuk menjawab soalan soal rasa jatuh cinta ini kerana masih banyak perkara yang perlu aku fikirkan.

Untuk jawapan persoalan ketiga, korang akan tahu, korang akan rasa layanan yang lain macam daripada seseorang yang sukakan korang. Memang jika dilihat dengan mata kasar, mungkin korang tak akan dapat mengesan keanehan layanan tersebut. Bila dah macam ni, korang kena tengok keanehan layanan itu dengan mata hati korang. Kalau dah nampak korang layankan jelah…

“Bro, sepanjang hidup bro dimuka Bumi ini, berapa kali bro dah jatuh cinta??” tanya seorang awek melayu gedik yang kadang² aku sendiri malas nak layan. “Aku jatuh cinta sepanjang masa. Sambil aku tengok ko ni pun aku dah jatuh cinta.” Berkerut muka gadis melayu itu penuh dengan rasa kekeliruan. Ya memang cinta itu mengelirukan.

Jatuh cinta dengan mudah bukan bermakna cinta itu murah. Jatuh cinta dengan semua orang bukan bermakna aku tidak memiliki cinta sejati (apa cinta sejati tu erk?). Mudah jatuh cinta dengan keindahan dan kecantikan adalah fitrah seseorang manusia.

Jatuh cinta bukan bukan sekadar ditafsirkan sebagai “I LOVE YOU“. Mencintai orang lain bukan semestinya kita berperasaan ingin memilikinya (dijadikan kekasih, teman hidup dan sebagainya).

Disebabkan kita ini makhluk yang berjiwa halus, makhluk yang berperasaan, jadi kita harus melahirkan perasaan yang ada. Jatuh cinta dengan ramai orang bukan kerana desakan mata keranjang atau ingin memiliki seberapa banyak koleksi. Tetapi kerana kita ini hidup diselubungi dengan rasa kasih sayang itu sendiri. Jangan bataskan cinta itu dalam kurungan “I LOVE YOU” semata.

Belajar Bercinta? Bolehkah cinta itu sendiri dipelajari seperti mana subjek pendidikan seni di sekolah?? Belajar lah bercinta dengan kebahagiaan. Belajar lah bercinta dengan kekecewaan. Belajar lah bercinta dengan pernikahan. Cinta itu bukan teori semata, bahkan ia memerlukan lebih banyak praktikal.

Kadang-kadang cinta itu sendiri telah datang kepada diri kita dengan sendirinya, tapi kita je buat² tak nampak. Bila mana cinta itu telah pergi, barulah kita tercari-cari kemana hilangnya cinta.

Cinta itu boleh diibaratkan korang menggenggam sebiji telur. Jika korang menggenggamnya terlalu lemah, telur itu akan jatuh dan pecah. Jika korang menggenggamnya terlalu kuat, telur itu juga akan pecah.

Korang perlu belayar dalam alam percintaan itu sendiri dan nikmati gelombang percintaan itu. Aku harap korang tak akan lemas di dalam lautan cinta. Beginilah misteri cinta.

Langit tanpa bintang umpama:-
Umpama tidur tanpa mimpi,
Umpama lagu tanpa irama,
Umpama bunga ros tanpa harumnya,
Umpama wajah tanpa senyumnya,
Umpama aku tanpa korang.

Nota :- Bila aku dalam mood jiwang memang macam ni sikit. Sebaik-baiknya bercinta lah dengan maha pencipta iaitu Allah S.W.T.

Product
Bagaimana Rasanya Jatuh Cinta?
Version
2013
Type
Misteri Cinta
Reviewed by

on July 21, 2013
Rating
5stars Bagaimana Rasanya Jatuh Cinta?
Summary
"Bro, sepanjang hidup bro dimuka Bumi ini, berapa kali bro dah jatuh cinta??" tanya seorang awek melayu gedik yang kadang² aku sendiri malas nak layan. "Aku jatuh cinta sepanjang masa. Sambil aku tengok ko ni pun aku dah jatuh cinta." Berkerut muka gadis melayu itu penuh dengan rasa kekeliruan. Ya memang cinta itu mengelirukan.