bayangan rindu anis ayuni Bayangan Rindu

Assalamualaikum W.B.T.

Setelah penat menyangkul tanah, aku bukak facebook. Eh bukan². Setelah menyangkul tanah, aku bersihkan diri sikit. Tak sempat lagi mandi aku bukak facebook sebab towel dalam biik jadinya tak boleh la aku nampak laptop terbukak je.

Tapi itu bukan yang aku nak ceritakan kat sini. Bayangan Rindu. Apa yang menarik dengan tajuk entri ni? Apa kena mengena dengan facebook yang aku bukak tadi? Nak dijadikan cerita, salah seorang kawan aku ni bekerja dengan syarikat Alaf 21. Korang kenal ke Alaf 21?

Alaf 21

Bagi yang baru dengar mengenai Alaf 21, ia merupakan salah sebuah syarikat di bawah naungan Kumpulan Media Karangkraf. Kunpulan Media Karangkraf Sdn Bhd. adalah sebuah syarikat penerbitan yang terunggul pada masa ini.

Alaf 21 mula beroperasi pada bulan April 1997 bertempat di Taman Tun Dr. Ismail. Dengan tertubuhnya Alaf 21, ia menandakan pihak Kunpulan Media Karangkraf Sdn Bhd sebagai syarikat induk mula memfokuskan pada penghasilan buku selain majalah dan akhbar. Bermula dengan Biofoto Raihan, Alaf 21 terus menerbitkan pelbagai buku untuk bacaan umum seperti novel, kitab, wanita dan kreatif. (ni betul aku copy)

Bayagan Rindu

Adalah salah satu tajuk novel yang telah ditulis oleh Anis Ayuni. Kawan aku yang tag kat aku jadi berminat la aku nak tau pasal cerita dia. Ingatkan dia nak promote novel ke apa. Rupanya nak bagitau yang bermula Ahad 20 Januari 2013, TV Astro Citra saluran 131, akan bermula telefilem yang diadaptasi daripada novel Anis Ayuni, Bayangan Rindu, yang telah di arahkan oleh Eirma Fatima dan dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Nadia Zainal. Pukul berapa cerita ni start aku tak tau. Korang tengok jela iklan kat astro tu nanti.

Sampai situ jela dulu. Apa² perkembangan nanti korang boleh tengok sendiri di Astro Citra. Bagi korang yang minat novel Anis Ayuni ni, Korang boleh beli secara online di Mall Karangkraf ataupun boleh telefon terus untuk membuat tempahan di 03 51017480 atau 03 51017481 (promote sikit tolong kawan²). Sekian, terima kasih.

Product
Bayangan Rindu
Type
Drama Astro Citra
Product Author
Astro CItra
Reviewed by

on January 11, 2013
Rating
4.5stars Bayangan Rindu
Summary
Ahad 20 Januari 2013, TV Astro Citra saluran 131, akan bermula telefilem yang diadaptasi daripada novel Anis Ayuni, Bayangan Rindu, yang telah di arahkan oleh Eirma Fatima dan dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Nadia Zainal.