Drama Sehangat Asmara merupakan drama terbaru daripada pihak Astro Mustika yang telah mula ditayangkan pada bulan Januari 2013. Drama Sehangat Asmara ini telah ditayangkan di Astro Mustika HD sahaja. Bagi mereka yang ingin menonton drama ini boleh lah menempah pakej Mustika HD daripada pihak Astro. RM20 sahaja..hahaha

Novel Sehangat Asmara Drama Sehangat Asmara Astro Mustika HD

Drama Sehangat Asmara ini merupakan drama yang di adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk Sehangat Asmara yang telah dikarang oleh Aisya Sofea keluaran Alaf 21. Novel cinta drama pun cinta sakan la. Kepada yang minat cerita yang tangkap cintan habis ni boleh la melayan drama ini.

Drama Sehangat Asmara ini telah dibintangi oleh Adi putra sebagai Zainal Arief (Nal), Rita Rudaini sebagai Karmila  (Kay), Shah Jazle sebagai Azman, Amar Baharin sebagai Rudy (roomate Nal di U), dan Dian P.Ramlee – mama Kay. Pelakon juga hebat, kacak segak bergaya cantik. Memang sesuai untuk drama cinta macam ni. Drama Sehangat Asmara ini mempunyai sebanyak 30 episod.

Sinopsis Drama Sehangat Asmara

Drama Sehangat Asmara Drama Sehangat Asmara Astro Mustika HD

Sinopsis dan jalan cerita dalam novel, mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.

 Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.

Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.

Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sudah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.

Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula.

Bapanya yang merancang untuk memaparkan gambar Misya dan Kay di dalam sebuah majalah dengan harapan Zainal dapat bertemu kembali dengan Kay.

Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.

Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan bingung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun, Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.

Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.

Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.

Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka.

Begitulah serba sedikit sinopsis Drama Sehangat Asmara walaupun aku rasa dah macam ceritakan dari awal sampai habis. Kalau tak puas lagi baca sinopsis korang boleh la layan drama ni kat Astro Mustika HD ataupun beli je novel karya Aisya Sofea tu kat mana² kedai yang menjualnya. Kalau malas juga nak keluar pergi kedai, lawat laman web Karangkraf untuk membeli secara online.

Kalau korang rasa nak cari lirik lagu tema bagi Drama Sehangat Asmara ni korang boleh lah cari di Lirik Lagu Tema Sehangat Asmara (OST) Ratuku – Awie Dan AdiraSekian, terima Kasih.

Product
Drama Sehangat Asmara
Version
2013
Type
Drama CInta
Product Author
Drama Sehangat Asmara Aisya Sofea
Reviewed by

on February 3, 2013
Rating
5stars Drama Sehangat Asmara Astro Mustika HD
Price
-
Summary
Drama Sehangat Asmara merupakan drama terbaru daripada pihak Astro Mustika yang telah mula ditayangkan pada bulan Januari 2013. Drama Sehangat Asmara ini telah di adaptasi dari novel Sehangat Asmara karya Aisya Sofea.